Case Study : Wedding & Event Planner

Pemilihan tema untuk sesebuah website, bukan satu perkara yang mudah. Perkara yang wajib anda teliti sebelum membina sebuah website adalah tema bisnes tersebut.

Sebagai seorang wedding planner atau event planner, tema yang mungkin sesuai ada dalam elemen-elemen website anda pastinya yang kelihatan feminin atau romantis. Tema floral sering digunakan dalam pemilihan tema sama ada dari segi icon, font & juga background image.

Pemilihan color code juga sangat penting bagi memastikan color code yang digunakan seiring dengan tema bisnes atau color logo. Walaubagaimana pun, hati-hati, jangan sampai terlalu banyak kombinasi color yang menyebabkan kecelaruan warna atau identiti website tersebut.

Kenapa setiap website digalakkan ada color code tersendiri?
  • Kenalpasti tema sesebuah bisnes kerana color juga merupakan identiti sesebuah bisnes.
  • Supaya mudah diingati bila anda mempunyai trademark color anda sendiri.
  • Mewujudkan kelainan bisnes anda berbanding orang lain.
  • Mewujudkan sebuah website yang menarik dengan color tone yang sekata.
  • Mempengaruhi impression bakal pelanggan kerana website yang cantik, sinonimnya akan memberikan hasil servis yang terbaik.
  • Menambah kredibiliti kepada bisnes anda dengan website yang kelihatan professional.
Antara elemen-elemen yang boleh diubahsuai mengikut color code bisnes anda:
  • Button
  • Menu Listing
  • Tajuk / Heading
  • Block


Jadi, anda dah ada color code untuk website anda atau belum? Boleh cuba apply tips ni dalam penghasilan sesebuah website supaya website anda tidak nampak bosan. Tapi awas ya, jika website anda adalah korporat website, color code bukan lagi aspek terpenting dalam pembinaan website.

You cannot copy content of this page