Ramai bisnes owner hadapi masalah untuk mula onlinekan perniagaan mereka. Setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan secara offline, pastinya sesuatu yang mencabar apabila ingin mula membina nama brand/produk di atas talian (online). Saya kongsikan 3 Step utama yang anda perlu cuba sebelum melangkah lebih jauh.
1. Create Facebook Page untuk perniagaan anda.
Tips untuk cipta FB Page :
– Pastikan nama page anda menunjukkan bisnes anda, jangan terlalu general. Contoh, anda membuat perniagaan jualan kek batik. Jangan sama sekali letak nama page anda KEK BATIK. Cara terbaik adalah letakkan nama bisnes + brand/lokasi/magic word. Contoh, KEK BATIK ANABEL atau KEK BATIK WARISAN atau KEK BATIK COKLAT LELEH.
– Pastikan anda letakkan gambar produk sebagai Display Picture (DP) atau profile picture. Manakala untuk Timeline Photo FB, anda letakkan gambar-gambar promosi produk anda atau senarai produk yang HOT.
– Jangan kosongkan ruangan details atau intro. Itu merupakan strategi FREE SEO untuk anda.
2. Mulakan buat posting di FB Page dengan sharing tips.
Sebagai contoh kek batik tadi, anda boleh kongsikan tips untuk memilih coklat masakan yang sesuai dalam pembuatan KEK BATIK atau pun jenis kek-kek yang lain. Ingat, jangan kedekut dalam berkongsi, tak luak ilmu ni kalau dikongsi. Allah maha KAYA guys. Tak perlu risau kepada competitor anda. Chill..
Tips untuk buat posting di FB Page :
– Pastikan anda selitkan gambar kek batik anda dalam setiap posting anda jika berkaitan. Masukkan 2-3 gambar yg lain berkaitan posting anda. Sekarang nak design, dah tiada masalah, guna sahaja CANVA, the magic designer.
3. Setup catalog pada akaun bisnes Whatsapp anda.
Pastikan anda buka akaun baru khas untuk bisnes anda menggunakan akaun Whatsapp Business. Dengan kata lain, beli nombor lain khas untuk bisnes anda, jangan campurkan dengan nombor personal.
Tips akaun Whatsapp Business :
– Pastikan anda setup profile photo anda dengan betul menunjukkan anda adalah REAL HUMAN, bukan letak gambar kucing, gambar pokok, gambar bunga atau sebagainya. Ini penting untuk bina TRUST kepada bakal pelanggan anda.
– Masukkan details-details syarikat anda, katalog & sebagainya.
– Setup auto-reply message untuk memudahkan anda filter nombor yang masuk kedalam wasap anda.