Kepentingan Grafik dalam Setiap Marketing Campaign

Grafik memainkan peranan penting dalam setiap marketing campaign. Visual yang menarik dan tertarik dapat membantu menyampaikan iklan anda dengan lebih efektif, lebih banyak feedback, dan tingkatkan identiti brand/produk anda.

1) Tingkatkan Engagement
Konten visual cenderung untuk menarik lebih banyak interaksi di media sosial. 1 posting dengan gambar atau video pasti akan dapat lebih banyak likes, shares, dan komen jika dibandingkan dengan posting copywriting teks sahaja.

2) Mempengaruhi Emosi
Grafik dapat mempengaruhi emosi dan menciptakan connection dengan audiens. Warna, gambar, dan design visual dapat memnimbulkan perasaan atau emosi tertentu yang dapat memperkuat agenda marketing anda. Tidak hairanlah kenapa poster-poster yang berkaitan kemanusian wajib ada illustrasi yang melibatkan unsur2 sentimental untuk menarik minat pembaca dan penderma.

3. Menunjukkan Profesionalisme
Design grafik yang profesional mencerminkan kualiti dan kredibiliti bisnes anda. Secara tak langsung memberi kesan positif kepada audiens dan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap brand anda atau apa yang anda sedang iklankan.

3 point penting diatas sangat mempengaruhi feedback yang anda akan dapat dari apa jua platform iklan yang anda sedang rancangkan sama ada FB Ads, IG ads mahupun Google ads.. Tak lupa juga TikTok ads, yang ini lebih kepada video grafik. Nantikan perkongsian saya tentang video grafik pula. Stay Tune!

You cannot copy content of this page